Sejarah SK Bertam Hulu

Sejarah SK Bertam Hulu

Sejarah Awal


Sekolah Kebangsaan Bertam Hulu telah diasaskan pada tahun 1910. Ia telah dirasmikan oleh O,T Dussek dengan nama asalnya 'Sekolah Melayu Bertam Hulu'.
Bangunan yang dahulunya merupakan sebuah bangsal telah dibina secara bergotong royong oleh penduduk setempat. Tapak pembinaan sekolah ini adalah sumbangan Puan Saniah yang menyewakannya pada pihak sekolah dengan kadar bayaran bulanan di Lot 276 (3r 0p).
Pada ketika itu bilangan murid hanyalah 30 orang dan dikendalikan oleh 2 orang guru lelaki.
Allayarham En Baba Bin Nayan adalah Guru Besar yang pertama, manakala Penghulu Mohd Saad dan Sidang Ariffin merupakan tokoh penting yang mengasaskan sekolah ini. Bangunan bertiang simen, berdindingkan papan dan kawat jaring serta berbumbungkan atap genting ini akhirnya digantikan dengan bangunan separuh siap kekal. Bangunan yang mempunyai 4 bilik darjah ini dibina di atas sebidang tanah yang berhampiran di lot 227(1) pada tahun 1963.
Setelah siap terbina sekolah inilah bangunan yang menjadi gedung ilmu bagi penduduk Bertam Hulu ini telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Abdul Hamid Khan, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu. Bersempena dengan majlis perasmian yang penuh bermakna itu nama Sekolah Melayu Bertam Hulu telah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Bertam Hulu.